Satu blog untuk mencari motivasi dan inspirasi. Hidup ini macam roda kadang-kadang kita kat bawah, kadang-kadang kat atas, stress, kecewa, takut dan macam-macam lagi. Dengan sedikit motivasi dan inspirasi mungkin ia dapat membantu kita menghadapi kehidupan ini dengan lebih bermakna.
Saturday, January 22, 2011
Hukum Tarikan (Law of Attraction)
Kebelakangan ini, aku terminat membaca buku motivasi dan kewangan. Baru sahaja selesai membaca buku Hukum Tarikan (Law of Attraction) oleh Michael J. Losier (Edisi BM).Agak menarik apabila minda kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah hala tuju hidup kita dan juga suasana persekitaran. Minda mampu memberikan getaran-getaran sama ada positif atau negatif. Terpulang kepada individu untuk membentuknya. Getaran positif akan membawa kapada kesan yang positif manakala getaran negatif adalah sebaliknya.
Minda kita hanya mampu fokus pada satu getaran sahaja pada satu masa, positif atau negatif. So, untuk menjadikan hari aku dan anda semua menjadi baik, maka fikirlah sesuatu perkara itu secara positif. Memang susah pada mulanya, tapi lama-lama pasti boleh. Perkara yang paling penting sekali adalah bagaimana anda menggunakan perkataan anda. Jangan gunakan perkataan TIDAK atau JANGAN, tapi gunakan perkataan yang positif disebaliknya. Contoh, JANGAN PANIK, tapi gunalah perkataan BERTENANG. Secara logiknya jika anda kata jangan panik, secara tak langsung anda telah setkan panik dalam minda anda.Betul tak? Cuba lah try. Aku dah try dah memang apa perkataan yang diguna akan secara automatiknya terbayang di minda anda. Contoh lagi, JANGAN fikir KERETA, oopss.. anda dah terfikir KERETA. Begitulah minda berfungsi. Nak tau lebih lanjut lagi, anda boleh baca buku ni.
Sekarang dalam proses untuk mengaplikasikan hukum tarikan ini. Namun sebenarnya jika dikaitkan dengan cara hidup islam, ia memang telah menjadi amalan kita seharian. Well as we know, Islam is the way of life. Bagaimana?. Sila lihat perenggan seterusnya.
Ini hanyalah pendapat peribadi dan berdasarkan pemerhatian aku sahaja. Ia amat berkait rapat dengan konsep doa dan redha.Sila fikirkan apabila anda berdoa setiap kali lepas solat pastinya anda meminta sesuatu yang baik dan positif untuk diri anda dan keluarga anda. Ini secara tak langsung memberikan getaran positif untuk diri anda meneruskan hidup pada hari tersebut dan seterusnya. Dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah, anda akan berasa lebih semangat dan bermotivasi lagi. Tak percaya cubalah. Tapi syaratnya anda perlu yakin dan redha dengan segala ketentuan Allah. Seperti apa yang saya belajar dan dengar daripada radio IKIM.FM dalam salah satu slotnya, anda perlu bersangka baik dengan Allah, segala apa yang terjadi baik atau pun buruk pada pendapat anda pasti ada hikmahnya. Dari sini kita dapat lihat, bagaimana getaran-getaran positif akan sentiasa berada di sekeliling anda. Yang penting, sama ada apa yang berlaku pada diri anda baik atau buruk anda perlu positif, seperti kata Dr. Fadzilah Kamsah, kenapa anda perlu bersedih sedangkan anda boleh gembira.
Untuk akhirnya, cuba anda hayati maksud ayat seribu dinar dibawah ini, ia bukan untuk digantung atau dijadikan azimat, tapi cuba anda baca dan hayati sedalamnya maksud disebalik ayat ini:
"Barangsiapa yang BERTAKWA kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Labels:
Hukum tarikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment